4 Penyakit Utama Akibat Gemuk!


Salam & Selamat Sejahtera ..

Adakah anda semua sudah membaca artikel dari saya sebelum ini? Jika sudah, mesti anda semua dah tahu kan betapa tingginya peratusan masalah obesiti di negara kita. Jika anda belum membacanya, anda boleh baca di sini Fakta Kegemukan di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

cara kurus

Ok, kali ni Team Jom Kurus akan menyentuh bab mengenai 4 Penyakit Utama Akibat Gemuk :

4 penyakit tersebut adalah :-

1. Diabetes
2. Sakit Jantung
3. Darah tinggi
4. Osteoarthritis

Ada kalanya penyakit-penyakit di atas ini disebabkan oleh keturunan. Tapi tak salah kalau kita cuba untuk elakkannya. Sekurang kurangnya kita mencuba, daripada tak mencuba langsung kan.

Kalau nak dicerita tentang penyakit-penyakit ni, rasanya dah banyak dah keluar di TV, radio dan surat khabar dan juga media massa yang lain. Namun, orang buat tak reti je dengan perkara ni.

Tahukah anda? 60% penduduk Malaysia sangat berisiko mendapat penyakit tersebut sebab masalah OBESITI atau Berat Badan Berlebihan – Fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Memang banyak produk pelangsingan badan diluar sana. Sangat banyak! Ada yang murah dan ada yang mahal yang boleh anda gunakan dan pilih TAPI kalau minda tak diubah, tetap jugak tak jadi apa-apa. Malah, berat badan bertambah-tambah lebih banyak lagi dari yang asal.

makanan seimbang

Apa kata anda ubah kepada cara hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan peratusan yang tinggi tu. InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan, Team Jom Kurus akan memberikan tips Untuk Kurus di artikel akan datang. Jangan lupa untuk mengikuti update dari kami.

Jangan lupa like facebook kami disini –> https://www.facebook.com/jomkuruspage

Jom Ubah kepada cara hidup yang lebih sihat OK :)

 

.

Posted in cara kurus | Tagged , , | Leave a comment

Fakta Kegemukan di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Jom Kurus. Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah artikel pertama dari Team Jom Kurus khas untuk bacaan anda semua :)

Kami akan sentiasa menambah artikel-artikel baru dari semasa ke semasa dan akan memberikan info terkini, tips untuk kurus dan lain-lain lagi.

Untuk artikel kali ni, kami nak sentuh bab persepsi.

Ya ianya adalah satu fakta yang mengejutkan ramai orang. Ianya adalah fakta yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga dari World Health Organization (WHO).

masalah obesiti
1. Kementerian Kesihatan Malaysia : 30% penduduk Malaysia mengalami masalah Berat Badan Berlebihan manakala 30% lagi mengalami masalah Obesiti!… Fuuhhh!

2. World Health Organization : Kadar Obesiti di Malaysia adalah pada ranking ke-6 daripada 48 buah negara di Asia.. Fuuhhh!
Wow ianya satu fakta yang mengejutkan kerana negara kita antara ranking yang tertinggi dalam masalah Obesiti. Jom kita ulas dan bincangkan mengenai fakta tersebut..

Mungkin ada yang mengatakan fakta ni tidak betul.

Baiklah, mudah saja! Jom kita ambil contoh di sekeliling kita. Paling mudah lihat kakak kita selepas mereka berkahwin. Badan mereka mula naik! Pinggul pula semakin besar! Bila dah ada anak sorang pulak, makin besar dan makin besar.. Apatah lagi bila anak dah 2 nanti..

Pak Cik Mak Cik kita pulak tak payah cakap, Yang Pak Ciknya perut semakin ke depan.. sama je macam abang kita 4 bulan selepas berkahwin, semuanya boleh jadi GENG PERUT dah.

Sekarang ni tak nak cerita pasal jiran kita atau sahabat-sahabat kita lagi.

Kita lihat yang paling dekat iaitu kita sendiri, saya jamin sewaktu anda membaca artikel ini anda sedang duduk, betul tak? Ok, lihat perut anda sekarang.. berlapis tak? Kalau tak ada berlapis-lapis lemak yang dapat dilihat.. saya ucapkan tahniah TAPI..

Kalau belapis-lapis macam kena Pam, saya terpaksa katakan bahawa dalam tempoh setahun dua lagi, anda juga akan tergolong dalam golongan 30% yang dikatakan
oleh KKM tadi.. Menakutkan bukan? Rupa-rupanya kita sendiri yang akan menyebabkan peratusan obesiti  itu akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang TANPA kita sedari…

masalah kegemukan
Apakah masalah kegemukan ini membahayakan? Dah tentulah membahayakan kesihatan kita.. Penyakit banyak datang, contohnya darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Ni adalah penyakit utama yang membawa maut di Malaysia, puncanya daripada KEGEMUKAN dan juga makanan! Addooiiiiyaii.. Cakap pasal makanan ni, memang sah lah dari makanan, betul tak? Makanan orang Malaysia maksud saya..

Ermm… tak perlu saya ceritakan betapa sedapnya makanan orang Malaysia.. Kalau tak letak gula, tak letak santan, kalau tak goreng berendam dalam minyak… bukan makanan Malaysia lah namanya, betul tak ? Yang sedap itulah yang meningkatkan kemungkinan kita hinggap masuk ke dalam komuniti orang Obes dan berberat badan berlebihan..

Sekarang ni, kita Perlu ubah! Wajib ubah cara makan kita!

Cuba cara masakan yang tidak menggunakan minyak contohnya dengan cara Merebus, Memanggang atau mengukus! Kan mudah tu, ada alternatif lain kan.. Ubah tabiat makan,
kalau selama ni kita suka makan ayam goreng waktu makan tengahari, cuba alternatif lain.. cuba ayam panggang.. sedap juga, ayam juga tu, betul tak?

Cuma bezanya ialah ayam goreng direndam dalam minyak, ayam panggang pula.. tiada minyak.. Walaupun nampak simple je, TAPI manfaatnya sangatlah banyak.

Sayur pula, makan sayuran yang direbus atau ulam-ulaman.

Air pula, kurangkan air gula.. Jangan bila nak makan je pergi order, “Bang! Sirap Ais satu!” takpun, “COKE satu!” Gula banyak tu.. cuba untuk elakkannya OK. Ia boleh dielak sebenarnya, cuma samada anda mahu atau tidak sahaja!

Nampak tak? Bagaimana nak kuruskan badan.. Mudah je,  mulakan daripada pengambilan makanan, ubah tabiat makan! Bukan tak boleh pun, boleh aje sebenarnya.. Kerja simple :)
tips untuk kurusTak payah susah-susah pergi ke Slimming Centre untuk kuruskan badan, Mahal tu… Treatment 1 bulan memanglah kurus boleh turun 2-4 kg TAPI kalau tak buat treatment, adooiii.. berat naik 8 kg pulak! Adooiiiyyaii kecewa lagi! dah lah mahal, berat naik pulak, rasa macam tertipu je.. Bayar kurus, tak bayar jadi gemuk balik! Ciss

Semoga info ni dapat membantu anda! Akan datang, saya akan kongsikan lagi beberapa tips yang berguna dan sangat simple. Jangan lupa untuk klik Tweet dan Like di bawah :)

.

Posted in petua untuk kurus | Tagged , , | 2 Comments